Wednesday, March 2, 2011

PRKecil

ketika pilihanraya kecil sebuah kawasan di negeri yang dulunya zaman kegemilangan sultan tapi hari ini takde sultan, datanglah sang pemimpin parti pemerintah berkempen untuk membeli undi penduduk kawasan di situ. Sang pemimpin bangang ini telah melawat kampung Bengong.


"jika tuan-puan undi kami, akan kami hadiahkan wi-fi area yang laju." kata YB itu.


penduduk kampung terpegun kekaguman. "wow! Senanglah kita nak ke KL nanti. Naik wi-fi cepat sampai."


"kelajuannya mencapai 52,428,800 kilobytes." sembang YB itu lagi.


orang kampung ternganga. mereka berbisik sesama sendiri."laju sangat tuh, gayat! Mahu sampai ke Israel."


"Sebab ia mempunyai 50 gig." tambah YB ini lagi.


"patutlah laju, gigi gear dia banyak." sorak penghulu kampung kekaguman.


"Dengan teknologi itu, tuan-tuan bolehlah melayari internet!"


mak cik guru tadika seronok." Kapal layar pun ada, wow!"


YB tersebut menambah lagi," Bolehlah tuan-tuan buka akaun facebook nanti!"


"wow! kena buka akaunlah...bagus ni! Dulu ada ASN, ASB." Haji Din bersuara.


Dan parti tersebut menang pilihanraya kerana rakyat yang berkualiti telah mengundi mereka.


Raja Bad Hakim Shah-melalui TT...hahahahahahaha

No comments: