Sunday, March 27, 2011

Flashman, Xmen dan Aku

Aku membesar dgn menonton rancangan2 superhero jepun..flashman, maskman, ultraman, cybercops (oh i likee), tomatoman, bla3..aku addict pada rancangan2 tersebut. aku sanggup tak pergi skolah sbb nak terpacak depan tv tengok super2hero pojaan hatikoo.. yelah kan..dah dari tadika lagi tengok, sekali darjah satu sekolah petang. dah la superhero semua keluar petang2 je. tapi takpe. abah aku awal2 lagi dah ajar aku dgn adik aku, amri cara2 untuk merekod cerita2 super2hero itu..so adik aku akan memikul amanah merekod menggunakan videotape saiz buku Browse's Intro to Surgery. alaaa...yg kaler hitam tuuu..aha..korek2...

Ada sekali tu, cerita flashman. adik aku rekod, tapi takda suara. aku tanya la apehal takda suara??? ***kecewa gilaaaaa***

"dah memang tv xda suara"

"grrrrrr...kenapa kau tak kuatkan volume masa rekod???? **dush3 (ketuk2 kepala)"

"aku dah pusing sampai habis laaaaaa **uwaaaaaaa (nanges)"

"maaaaakkkkkkk!! kenapa tv xda suaraaaaaaa????" aku tak puas hati. aku pun tanya mak aku.

"........." mak tak layan....down =.=!"



Superhero orang puteh pun gwa layan beb.. XMEN!!! yaaaaaa!!! gwa bole lukis dgn detail n siap pasang2kan lagi setiap character lelaki dgn character superheroin.. Cyclops (aku) dgn Jean. Wolverine (adik aku) pun nak Jean jugak. Wakdehey??

"ni bini aku!!!" kate adik aku.

"bini aku laaaaa!! bini ko nanti aku lukis lain..ko amek ni..Jubilee"

"taknaaaakkk!! dia punya kuasa tak best!!"

"**dush3 (ketuk kepala).. suke hati aku la. aku yg lukis"

oh ya..aku lukis atas apa2 kertas yg ada.kalau kertas a4 abah aku habis, aku cek kat fail2 dia..kot2 ada kertas kosong..even yg muka depan bercetak tapi muka belakang kosong pun dah cukup penuhi kriteria utk aku melukis..huahuahua...cebisan kotak pun jadiikkk

oh..dan kitorang suka buat role play..lawan2..tag team lawan resakse..kdg2 kitorang buat cerita sendiri, lawan sama sendiri..mmg mulut ni sumber sound effect yg mantap ala2 film tamil...dushum!!bedebish!! debukkk! deshh3!! dash yonkurooooo!!! last2 monster dan senjatanya ***mak yg tgh marah dgn membawa seketul penyangkut baju*** jgn marah haaa datang belasah kitorang..maka hero2 pun tertewas.. 
p/s: ingat matluthfi punya mak sorang je ke ade hanger?? mak aku pun ada laaaaaaa..

masa ni adik aku no3, farah kecik lagi..pastu bila dia dah besar siket, lagi la seronok..haha..dgn bersenjatakan raket badminton dan raket tenis abah, kitorang bermain perang2..hahaha..dan aku kagum dgn si farah ni..aku tembak dia, dia pun dgn geniusnya terlompat ke blakang n mati...

***perang terhenti tiba2

"fuyooooo!! pandainye pala (farah) blakonnn!!! mcm realll kena tembakkkk!!!"

"hahahahahahaha"

***datang monster lagi skali..

"priapppp!! priaappp!!! papppp!!!" terdengar libasan tangan mak men'smash' anak2 beliau yg tak reti duduk diam...hahahahahahahahahahahaha



....dan aku berazam nak belajar bergaduh kat skolah..haha...i mean, martial art la..bole jadi superhero..selamatkan budak2 perempuan yg dlm bahaya...hahaha....ah..angan2 budak kecik..


*****


darjah 5 kalau tak silap.aku mula memberanikan diri join silat..aku ikut kawan baik aku..syafiq hazwan. dia antara figure silat la kat skolah aku tu. Silat RAJAWALI namanya..best gilaaa!! sebab jurulatih yang sangat sporting!! Abang Shah.. belajar punya belajar punya belajar, tak sampai stahun belajar, aku dah dapat tali pinggang MERAH...MERAAHHHHH OKEE!!

*****

masuk sekolah sains, aku teruskan lagiiii bersilat. tapi dah silat lain la pulak..Seni GAYONG FATANI nama diberi..start sini la aku mula pandai buat bunga silat dengan begitu lemah gemalai sekali..tak caya tanya kawan aku, badet. haha. then pembelajaran kitrang tergantung tak bertali la pulak sebab cikgu alizan ditukarkan sekolah sebab sokong Pas..wakdehey?? 

Sempatlah juga join tournament silat daerah kluang. macam2 acara aku masuk..seni tari silat berkumpulan, and seni tempur silat (berduet...ahahaha)..cuma terkilan la sikit sebab tak dapat merasa join acara solo..takpa2..badet lagi power..serahkan pada yang lebih berhak..hehe.. and pada satu pertandingan ni, tahun 2004, kitorang ditakdirkan terjumpa dgn antara org besar Pesaka (pertubuhan silat kebangsaan). dia tegur kitorang sebab nampak logo gayong fatani kat baju silat kitorang

"anak2 ni, sapa yg ajar?"

"ermmm..kami berlatih sama2 sendiri je pakcik..senior form 5 ada tolong tengok2kan.. tak ada guru.."

"aduh sayangnyaa..pakcik pun gayong fatani jugak..takpe, nanti pakcik arrangekan dgn cikgu penasihat kamu,  pakcik akan hantar anak murid pakcik mengajar kat sekolah kamu"

******


 hari pertemuan itu...terlihat kelibat seseorang yang mmg gwa kenal gilaaaa beb! abang Shahhh!!
teruja!! hahahaha...and aku respek dgn pakcik ari tu..sebab walaupun dia gayong fatani, dia tak kesah serahkan pada perguruan lain..takda nak monopoli2, nak dengki2..

ahli2 silat sekolah pun sejak hari tu makin ramai..sebab seronok belajar dgn abg shah ni..dia siap bawak kawan dia, abg Muhsin, blackbelt taekwondo, untuk ajar kitorang step2 kicking yg betul..

mcm ni la baru boleh maju...ini tidak..sesetngah perguruan ada yang POYO gilaaa..bajet dia bagus sangat..tak sedar diri...taknak terima pembaharuan even benda tu bagus...typical melayu..oppsss...malaise..hahaha..emo tetiba..

bila dah seronok kitorang belajar dgn abg shah, cikgu penasihat kitorang kata, ada masalah. abg shah kononnya tak ada tauliah daripada Pesaka Kluang (lebih kurang mcm tu la ceritanya). then abg shah dilarang mengajar. SU Agung Pesaka, en ***** punya arahan..padahal, pakcik yg ari tu, pangkatnya lagi tinggi! naib presiden!!!  politik...gila kuasa...hadoyyy...malaise

rupa2nya, en ***** tu nak cucuk jarum..dia nak bawak masuk dia punya silat...aku dgn kawan2 aku pun semua boikot..tak datang training..junior2 semua ikut lari..boikot bebbbb!!! last2 jurulatih pun bengang, terus tak datang...hahahaha...inilah dia..STUDENT POWER!!! hahaha

mengikut apa yg aku dgr, bila dah kat universiti ni, persatuan2 silat kat malaysia (tak tau la betul ke tidak) ni mcm tak ngam..sikit2 dengki..dia tak bagus..aku lagi bagus... tgk apa jadi dgn pasukan silat malaysia..kalah dgn vietnam..vietnammmm????? wakdehey?? tapi aku dah lama tak ikut perkembangan silat malaysia ni...hahahaha...kecewa dgn silat..

pada pendapat aku, yg penting dlm martial art ni, buah2 asas..tumbukan, kicking, cara tepis, jatuhan and kunci.. yang jurus satu, dua, tiga sampai jurus 47 tu tak penting...sebab aku gerenti lah..kalau gaduh pun, confirm main golek2 jugak atas tanah..takdenye nak lawan macam dalam cerita Ip Man tu..tgk aje kat sukan sea..silat olahraga...main pukul ikut suka..kah3...lawak2...tak ada seni langsung..dapat point bila musuh jatuh, or serangan kena kat badan diorang..asal kena, dapat point..ko buat la bunga ape pun..hahahaha

tapi kalau pasal bunga silat ni kan, abg2 lembut koreografer tarian pun boleh buattt...hahaha...
tapi tak tau lah..bagus jugak belajar bunga silat ni sebenarnye..seni...
hakikat sebenar bunga silat ni...wallahua'lam..kena tanya org dulu2 punya dulu punya duluuuu punya.. ilmu kebatinan ke ape ke semua tu mungkin ada...tapi entahla...

"ah kau azim...sikit2 nak kondem orang...bajet bagus laaaa"

"oh sori..terkasar bahasa..ni aku tulis ikut sesedap rasa je..haha..kalau salah tolong jolokkan...eh..tolong tunjukkan"




.....istighfar3 






Wednesday, March 23, 2011

Taylor Swift- Tailor Azim Sdn Bhd

aku telah membeli seketul mesin jahit mini.

harga rm39.90

made in china

after few hours of testing, it broke down..oh yeah straight away i felt like breaking it down into pieces! wakdehey yo???

"wakdehey?? saya baru beli dah rosak!!!!"

"benda ni takda gerenti..dah test kan elok je tadi. cuba tgk kat resit. ada tulis situ. tak boleh tukar dgn wang tunai atau barang lain selepas beli"

"oh.ok. saya tak akan beli lagi barang2 made in china. kedai awak pun saya xkan datang lagi. saya akan wujudkan kempen memboikot kedai anda dan barang2 buatan china"

"silakan"

"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!"

*******

aku pandai menjahit secara manual.

"weh..ko apehal poyo sgt?"

"habis tu..dah memang kenyataan. ko reti?? aku ni keturunan penjahit tegar kau tahu. arwah moyang aku owned a mesin jahit u knoo..she used to jahit kain cadar, sarung bantal and baju raya for her cucus and cicits u knoo?? mak aku dulu masa aku kecik2 abah aku pegi keja mak aku dok menyulam alas meja berpandukan kitab sulaman tersohor zaman itu kau tahu?? u knoo??"

"donnoo.oh.dalam hati ada taman.eeuuww"

"pfffffttt!!"

*******

tapi aku reti beberapa jenis jahitan je lah..cukup lah sekadar utk jahit koyak kat celah kangkang seluar, butang trtanggal, jari luka...LUKA?? *wakdehey??!! erm...yo!

jahitan kia
jahitan sembat
jahit butang
jahit luka <--- serius leceh..kahkahkah

and kerja jahitan paling gila pernah aku buat adalah meng'alter' 2 helai kemeja yg labuh sedikit..haha..hand made tuu..

ingat nak beli mesin jahit mini tu untuk kerja2 jahitan yang lebih mencabar lagi..kah3..tapi rosak lah pulak. membazir siot..kalau tak boleh beli twisties smokey sausage banyak2..tak pun beli jajan kecik2 dalam paket bagi kat adik2 aku..hahaha *cewah



p/s: dah lama tak bersilat..balik rumah tgk adik aku lagi maju daripada aku as far as the silat is concerned..
kahkahkah

Wednesday, March 2, 2011

PRKecil

ketika pilihanraya kecil sebuah kawasan di negeri yang dulunya zaman kegemilangan sultan tapi hari ini takde sultan, datanglah sang pemimpin parti pemerintah berkempen untuk membeli undi penduduk kawasan di situ. Sang pemimpin bangang ini telah melawat kampung Bengong.


"jika tuan-puan undi kami, akan kami hadiahkan wi-fi area yang laju." kata YB itu.


penduduk kampung terpegun kekaguman. "wow! Senanglah kita nak ke KL nanti. Naik wi-fi cepat sampai."


"kelajuannya mencapai 52,428,800 kilobytes." sembang YB itu lagi.


orang kampung ternganga. mereka berbisik sesama sendiri."laju sangat tuh, gayat! Mahu sampai ke Israel."


"Sebab ia mempunyai 50 gig." tambah YB ini lagi.


"patutlah laju, gigi gear dia banyak." sorak penghulu kampung kekaguman.


"Dengan teknologi itu, tuan-tuan bolehlah melayari internet!"


mak cik guru tadika seronok." Kapal layar pun ada, wow!"


YB tersebut menambah lagi," Bolehlah tuan-tuan buka akaun facebook nanti!"


"wow! kena buka akaunlah...bagus ni! Dulu ada ASN, ASB." Haji Din bersuara.


Dan parti tersebut menang pilihanraya kerana rakyat yang berkualiti telah mengundi mereka.


Raja Bad Hakim Shah-melalui TT...hahahahahahaha